Followers

Wednesday, May 16, 2012

REVIEW NOVEL : Rembulan Berdarah

Terbitan : Kaki Novel Enterprise
Penulis : Anita Aruszi
Harga : RM24.00
M/Surat : 786

Pic dari web kaki novel


Kisah Raihana yang telah menukar identiti menjadi Duha Maisara untuk elakkan daripada orang-orang yang ingin menganiaya dirinya. Duha Maisara pura-pura hilang ingatan apabila dilanggar oleh ayah Zafran, Bustaman. Sejak itu Duha tinggal bersama keluarga Zafran dan terus menjadi anak angkat kepada Bustaman selama 12 tahun.

Namun kehidupan Duha bersama keluarga angkatnya memaksa Duha bekerja di usia muda untuk menanggung Zafran yang masih belajar dan Bustaman yang kaki judi. Duha juga dipaksa untuk menjadi di kelab malam untuk mendapatkan duit lebih untuk membayar hutang2 Bustaman.

Semasa bekerja di kelab malam Duha berjumpa dengan Nashriq yang terpaksa pergi ke kelab tersebut untuk melayan 'client' perniagaannya. Sebenarnya Nashriq dan Duha @ Raihana saling sayang menyayangi semasa kecil. Dimana Raihana menrupakan anak orang gaji di rumah keluarga Nashriq. Setelah 12 tahun tida berjumpa mereka tidak kenal antara satu sama lain.

Bapa Raihana, Munif dituduh menjadi pembunuh bapa Nashriq, Zainal Ikram. Kejadian tersebut menyebabkan Nashriq meninggalkan Raihana dan pergi ke luar negara untuk belajar. Raihana dan ibunya Maisara di paksa oleh ibu Nashriq, Engku Latifah untuk meninggalkan rumah itu buat selama-lamanya.

Setelah 12 tahun berlalu, adik kepada Zainal Ikram, Asri pulang untuk menyiasat punca sebenar kematian abangnya. Dia percaya Munif bukan pembunuh sebenar Zainal Ikram.

**Banyak konflik2 yang berlaku, sehingga menyebabkan aku susah nak stop bace novel nie. Selagi dah pegang baca akan terus2 baca untuk tahu ape penghujungnya. Penulis novel nie mmg aku minat sgt2. Semua novel2 dia aku suke. Novel nie novel lama sebenarnya. Novel baru tulisan novelis nie Venom Suria terbitan Buku Prima tp guna nama penulis Mazni Aznita**

No comments: