Followers

Tuesday, May 22, 2012

REVIEW NOVEL : Mampu Mencintaimu

Terbitan : Kaki Novel
Penulis : Auni Amauni
Harga : RM 20.00
Muka Surat : 537


pic dari kaki novel

Permulaan cerita macam boring skit sebab kisah kahwin paksa. Sarah Humaira dipaksa berkahwin dengan Haris Safwan oleh keluarga. Namun Sarah Humaira tidak ambil tahu langsung siapa bakal suami dia. Rupanya bakal suami die merupakan orang yang paling dia tak suka bukan sahaja sebab Haris bergigi jongang dan Haris selalu sahaja mengusik dia. Disebabkan dah kahwin, Sarah terpaksa juga menerimanya namun dia memberi kata dua sama ada bercerai ataupun izinkannya utuk sambung belajar ke US.

Dihadapan keluarga Sarah, Sarah mengatakan mengikut Haris yang mendapat tawaran kerja ke UK. Selama 5 tahun mereka terpisah. Haris telah pun bertukar menjadi seorang yang bergaya dan tidak jongan langsung. Ditakdirkan Sarah dapat kerja sama syarikat dengan Haris. Dimana Haris adalah ketua kepada Sarah. Haris mengenali Sarah itu isterinya tapi tidak Sarah. Bermacam2 cara Haris cuba memikat Sarah, namun Sarah tidak melayan sehingga Sarah naik meluat dan menyampah dengan Haris. Lama kelamaan Sarah terjatuh hati juga dengan Haris, tetapi disebabkan status dia sebagai isteri orang dia harus menjaga batas2 pergaulan.

Muncul pula watak Kamal Ikhwan yang menyukai Sarah. Sarah turut menyukai sifat Ikhwan yang penyayang dan menambat hati wanitanya. Kerana masih sedar masih berstatus seorang isteri dia hanya menganggap Ikhwan hanya sebagai kawan sahaja. Dia juga turut mengaku dengan Ikhwan bahawa dia sudah berkahwin.

Akhirnya Haris mengaku pada Sarah bahawa dia adalah suami Sarah yang telah ditinggalkan selama 5 tahun. sarah terkejut dengan perubahan suaminya, dan dia merasa bahagia kerana Haris masih menerimanya lagi. Mereka hidup bersama dengan bahagia, tetapi panas dijangka hingga ke petang rupanya hujan ditengahari.

Wani staff di pejabat Haris dan Sarah tidak senang dengan kebahagian mereka suami isteri. Wani juga meminati Haris dalam diam, dia berdendam untuk memporak perandakan rumah tangga mereka. Sehingga sanggup mencemar maruah Sarah dihadapan Ikhmal.

**Macam biasa mestilah happy ending kan? Cerita overall ok la, time akhir tu cepat2 je nak baca nak tau apa lagi si Wani tu nak buat lagi, geram la gak**

No comments: