Followers

Sunday, May 20, 2012

REVIEW NOVEL : Datang Pada Waktunya

Terbitan : Fajar Pakeer
Penulis : Maria Kajiwa
Muka Surat : 476
Harga : RM 20.00

ni covernya.

aku beli terus ngan penulis, so dpt sign lagi..hehehe...novel baru lum kuar lg kat kedai buku...kuar kat Pesta Buku hari tu, memandangkan aku x gi Pesta Buku x dpt le beli...sib baik penulis dpt stok terus beli ngan die, spesel lagi dpt sign...:)

Kisah mengenai satu projek pembinaan jambatan yang terbengkalai selama 45 tahun di Kampung Durian Lima. Edri telah ditugaskan oleh ketuanya En. Amin untuk menguruskan dan menyelesaikan projek tersebut. Azim, kawan sepejabat Edri telah memberitahu dulu ade seorang yang dihantar untuk menyelesaikan tugas tersebut tidak pulang sehingga sekarang. Namun Edri tidak mempercayainya langsung. Edri membawa kawan serumahnya, Adam untuk menemankannya ke Kampung tersebut.

Dalam perjalanan ke kampung tersebut, enjin kereta Edri tiba-tiba mati. Berkali-kali cuba untuk menghidupkan enjin kereta namun gagal. Apabila diperiksa enjin tiada langsung masalah. Ketika kejadian, mereka bertemu dengan Saleha dan Murni. Saleha dan Murni membawa mereka berdua ke Kampung Durian Lima.

Mereka tinggal di sebuah rumah yang bersebelahan dengan rumah ketua kampung, Tuk Empat Manap bapa kepada Saleha. Mereka dilayan dengan baik sepanjang mereka tinggal disitu. Namun banyak kejaidan yang pelik berlaku, jam tangan tiba-tiba terbenti waktu, kompas tidak berfungsi, penduduk kampung masih menggunakan mata wang dollar wang berbentuk kapal layar. Kereta pun penduduk kampung pelik mendengarnya.

Kedatangan mereka menjadi tanda tanya penduduk kampung. Edri, akhirnya mengambil keputusan untuk memberitahu tujuan sebenar kedatangannya ke kampung tersebut untuk membina jambatan bagi memudahkan penduduk ke seberang . Penduduk kampung bersetuju untuk membina jambatan tersebut namun dihalang oleh seorang penduduk bernama Hasan.

Hasan turut sakit hati dengan Edri kerana cuba memikat Saleha yang disukainya. Hasan bersama-sama Saad dan beberapa penduduk kampung mengatakan Edri dan kawannya Adam telah membuat onar dengan anak dara kampung. Edri dan Adam pula mencari Seman seorang penduduk kampung yang dikatakan gila telah hilang. Semasa pencarian Seman, mereka berjumpa dengan Ahmad yang merupakan orang terakhir yang dihantar untuk menyelesaikan projek pembinaan jambatan.

Apakah yang terjadi sebenarnya? Berjayakan projek pembinaan jambatan tersebut diselesaikan? Bagaimana Edri dan Adam akhirnya?

**Korang belilah novel nie, memang terbaik la. Dah akhir-akhir tu tiba-tiba rase meremang pulak. Hihihi**

No comments: