Followers

Showing posts with label novel. Show all posts
Showing posts with label novel. Show all posts

Tuesday, May 22, 2012

REVIEW NOVEL : Mampu Mencintaimu

Terbitan : Kaki Novel
Penulis : Auni Amauni
Harga : RM 20.00
Muka Surat : 537


pic dari kaki novel

Permulaan cerita macam boring skit sebab kisah kahwin paksa. Sarah Humaira dipaksa berkahwin dengan Haris Safwan oleh keluarga. Namun Sarah Humaira tidak ambil tahu langsung siapa bakal suami dia. Rupanya bakal suami die merupakan orang yang paling dia tak suka bukan sahaja sebab Haris bergigi jongang dan Haris selalu sahaja mengusik dia. Disebabkan dah kahwin, Sarah terpaksa juga menerimanya namun dia memberi kata dua sama ada bercerai ataupun izinkannya utuk sambung belajar ke US.

Dihadapan keluarga Sarah, Sarah mengatakan mengikut Haris yang mendapat tawaran kerja ke UK. Selama 5 tahun mereka terpisah. Haris telah pun bertukar menjadi seorang yang bergaya dan tidak jongan langsung. Ditakdirkan Sarah dapat kerja sama syarikat dengan Haris. Dimana Haris adalah ketua kepada Sarah. Haris mengenali Sarah itu isterinya tapi tidak Sarah. Bermacam2 cara Haris cuba memikat Sarah, namun Sarah tidak melayan sehingga Sarah naik meluat dan menyampah dengan Haris. Lama kelamaan Sarah terjatuh hati juga dengan Haris, tetapi disebabkan status dia sebagai isteri orang dia harus menjaga batas2 pergaulan.

Muncul pula watak Kamal Ikhwan yang menyukai Sarah. Sarah turut menyukai sifat Ikhwan yang penyayang dan menambat hati wanitanya. Kerana masih sedar masih berstatus seorang isteri dia hanya menganggap Ikhwan hanya sebagai kawan sahaja. Dia juga turut mengaku dengan Ikhwan bahawa dia sudah berkahwin.

Akhirnya Haris mengaku pada Sarah bahawa dia adalah suami Sarah yang telah ditinggalkan selama 5 tahun. sarah terkejut dengan perubahan suaminya, dan dia merasa bahagia kerana Haris masih menerimanya lagi. Mereka hidup bersama dengan bahagia, tetapi panas dijangka hingga ke petang rupanya hujan ditengahari.

Wani staff di pejabat Haris dan Sarah tidak senang dengan kebahagian mereka suami isteri. Wani juga meminati Haris dalam diam, dia berdendam untuk memporak perandakan rumah tangga mereka. Sehingga sanggup mencemar maruah Sarah dihadapan Ikhmal.

**Macam biasa mestilah happy ending kan? Cerita overall ok la, time akhir tu cepat2 je nak baca nak tau apa lagi si Wani tu nak buat lagi, geram la gak**

Wednesday, May 16, 2012

REVIEW NOVEL : Rembulan Berdarah

Terbitan : Kaki Novel Enterprise
Penulis : Anita Aruszi
Harga : RM24.00
M/Surat : 786

Pic dari web kaki novel


Kisah Raihana yang telah menukar identiti menjadi Duha Maisara untuk elakkan daripada orang-orang yang ingin menganiaya dirinya. Duha Maisara pura-pura hilang ingatan apabila dilanggar oleh ayah Zafran, Bustaman. Sejak itu Duha tinggal bersama keluarga Zafran dan terus menjadi anak angkat kepada Bustaman selama 12 tahun.

Namun kehidupan Duha bersama keluarga angkatnya memaksa Duha bekerja di usia muda untuk menanggung Zafran yang masih belajar dan Bustaman yang kaki judi. Duha juga dipaksa untuk menjadi di kelab malam untuk mendapatkan duit lebih untuk membayar hutang2 Bustaman.

Semasa bekerja di kelab malam Duha berjumpa dengan Nashriq yang terpaksa pergi ke kelab tersebut untuk melayan 'client' perniagaannya. Sebenarnya Nashriq dan Duha @ Raihana saling sayang menyayangi semasa kecil. Dimana Raihana menrupakan anak orang gaji di rumah keluarga Nashriq. Setelah 12 tahun tida berjumpa mereka tidak kenal antara satu sama lain.

Bapa Raihana, Munif dituduh menjadi pembunuh bapa Nashriq, Zainal Ikram. Kejadian tersebut menyebabkan Nashriq meninggalkan Raihana dan pergi ke luar negara untuk belajar. Raihana dan ibunya Maisara di paksa oleh ibu Nashriq, Engku Latifah untuk meninggalkan rumah itu buat selama-lamanya.

Setelah 12 tahun berlalu, adik kepada Zainal Ikram, Asri pulang untuk menyiasat punca sebenar kematian abangnya. Dia percaya Munif bukan pembunuh sebenar Zainal Ikram.

**Banyak konflik2 yang berlaku, sehingga menyebabkan aku susah nak stop bace novel nie. Selagi dah pegang baca akan terus2 baca untuk tahu ape penghujungnya. Penulis novel nie mmg aku minat sgt2. Semua novel2 dia aku suke. Novel nie novel lama sebenarnya. Novel baru tulisan novelis nie Venom Suria terbitan Buku Prima tp guna nama penulis Mazni Aznita**

Tuesday, April 24, 2012

Review novel lagi UNTUK SEKALI LAGI

Tajuk novel : Untuk Sekali Lagi
Penulis : Azilah Wahab
Harga : RM21.00
Terbitan : Alaf21



Rashidah dan Kamal suami isteri yang mempunyai 2 org anak lelaki Faez dan Firdaus. Kamal bekerja jauh di Kuala Lumpur manakala Rashidah anak beranak tinggal di Kuantan. Kamal yang kononnya nak mengubah kehidupan keluarga sanggup berjauhan anak beranak. Rashidah tabah menghadapinya walaupun Kamal jarang2 balik menjenguk mereka sekeluarga.

Adakalanya berbulan-bulan Kamal x balik menjenguk Rashidah anak beranak sehingga memaksa Rashidah pergi mencarinya di Kuala Lumpur. Malangnya tidak berjumpa pun dengan suaminya. Dengan langsung x memberi duit belanja untuk Rashidah anak beranak. Rashidah akhirnya bekerja untuk menanggung perbelanjaan mereka.

Setelah berbulan2 x balik, Kamal balik mengkhabarkan berita yang dia nak berkahwin lagi satu. Sebab nak kahwin kerana bosan berseorangan di Kuala Lumpur dan jauh dengan anak isteri. Bila dah kahwin lagi langsung dah x jenguk anak isteri.

Rashidah bekerja keras menanggung segala perbelanjaan. Kamal bersuka ria ngan isteri barunya. Langsung dah x ingat Rashidah anak beranak. Rashidah isteri yang sangat2 tabah. Namun Kamal memang suami yang kejam. Hanya Nampak Rashidah berbual dengan lelaki dia boleh kata yang Rashidah curang. Sehingga sanggup membelasah Rashidah dengan teruk dan masuk hospital, namun untuk mendakwa suaminya dia x sanggup. Keluar masuk hospital Rashidah sebab didera oleh Kamal.

Cite yang sgt menyentuh perasaan saya….sanggup seorang suami buat begitu teruk pada si isteri. Geram x abih pada Kamal…..huhuhu…bace la novel nie bg yang dah bosan ngan cite kawen pakse kontrak semua tu….

Review novel LILI BUAT NAJAH

Tajuk : Lili Buat Najah
Terbitan : Jemari Seni
Harga : RM21.00


Kisah bermula apabila Najah dan Natasha pulang ke Malaysia setelah berkahwin secara rahsia di UK. Keluarga Najah langsung tak tahu yang Najah dah berkahwin dan terpaksa merahsiakan sebab mama Najah mahu die berkahwin dengan anak kawan baik mamanya iaitu Farah.

Lama juga diaorang rahsiakan perkahwinan mereka daripada pengetahuan sesiapa. Yang tahu ibu Natasha je. Mereka pulak bekerja sama tempat. Akhirnya Najah ambil keputusan nak bagitahu keluarga dia yang dia dah berkahwin dengan Natasha. Mamanya mengamuk sangat-sangat sampai sanggup tak mengaku anak kalau Najah tak mahu ceraikan Natasha.

Akhirnya mama Najah terima juga Natasha sebagai menantu sebab Natasha sanggup menggadaikan nyawanya dan anak dalam kandungan untuk menyelamatkan ibu mertuanya dari peragut.

Namun kebahagian mereka tak lama bila Natasha tahu yang Najah menghidapi penyakit yang membawa maut. Memang dah kritikal tapi Najah dapat bertahan sehingga anak mereka lahir.

Endingnya….korang mesti dapat agak….sangat2 sedih….huhuhu….korang baca la…sy bagi 5* daripada 5

Wednesday, September 21, 2011

DAN HATI PUN BERKATA



Novel nie aku beli online kat karyaseni... Dah alang2 beli online nie aku suke beli sekali byk...senangkan keje posmen...hehehe :)

Novel nie x berapa nak tebal sgt dan aku expect cam x best la kan. So pepatah omputeh "Don't judge a book by it's cover" tu memang tepat.

Ringkasannya :

Adirra anak tunggal n manja sesgt dgn bapanya. Ibu dah xde. So bapanya mmg manjekan die sesgt la...Disebabkan bapanya dah lama duda jiran sebelah rumah rancang tuk carikan jodoh si bapa tu la. Adirra mmg x suke n bantah abih la. Bapa die kononnye nak carikan ibu baru la tuk Adirra nie bg die ade kasih syg sorg ibu. Tp Adirra x suke giler... sampai xmo bertegur sape dah dgn bapanya. Tp bapanya akhirnya kawen gak sebab desakan jiran n family lain. Adirra boikot giler langsung x pegi time bapa die nikah. Umi (ibu tiri Adirra) ni ade sorg anak bih kurang baya2 Adirra la gak nama Natrah. Umi ni baik...cume Natrah je yg x baiknya (kira watak antagonis dlm novel nie)...

Adirra hilangkan diri dari abah die sebab boikot bapa die kawen ngan Umi nie. Terus g umah kakak sepupu die kat kg. Kat kg nie le jumpe ngan Rashdan lelaki pelik bg Adirra. Rashdan nie pun bih kurang jek nasib ngan Adirra larikan diri dr masalah. Kat kg nie le Rashdan dah rase suke ngan Adirra walaupun perangai Adirra cam budak2.

Bla...bla....dipendekkan diaorg nie bercinta la....diaorg dah berbaik ngan family masing2...time nie la Natrah buat mcm2 perangai sampai menyampah la dgn perangai die...mak die pun tensen ngan perangai si Natrah nie. Macam2 die buat tuk pisahkan Rashdan ngan Adirra nie...sampai sanggup nak bakar si Adirra. Tapi malang x berbau die yg kena... Endingnya watak si Natrah mmg x insaf pun n masih berdendan ngan Adirra..

**Aku suke cite nie lain dr yg lain xde asik2 cite kene kawen pakse bagai. Cite nie menarik sebab ending watak jahat x insaf mcm kebanyakan novel2 yg lain mesti watak jahat insaf kan? Mungkin penulis nak wat sambungan kot....hehehe**

Tuesday, September 20, 2011

TAK MUNGKIN KUHINDAR



Novel nie aku beli semlm kat MPH Giant sek 13, shah alam....aku dah lama cari novel nie...sib baik aku dah tau die tuko dah cover baru xde le pening aku nak cari...terjumpe pun tgl sebijik jek lg...so cepat2 aku pegang....

Ringkasan novel nie :-

Watak utama Maria....sorg pompuan kg keje kilang jek sekolah pun x abih sampai tingkatan 4 jek....ade exBF Irwan...jd ex sebab si Irwan nie mase couple ngan si Maria leh plak bertunang ngan org lain....pastu terkantoi ngan tunang die boleh plak tuduh si Maria mcm2....so putus....tetibe Irwan leh dtg pujuk blk konon2 syg lg ngan Maria....merayu2 bagai padahal die dah kawen pun ngan tunang die...pastu si Maria buat idea gile gi cari mane2 lelaki leh jd BF die sekejap tuk elakkan dr si Irwan merayu2 kat die cam org giler...mase nie le terjumpe Hisyam....trus Hisyam jd pelakon BF die....yg Hisyam pun beria2 jd pelakon cam betul2 dibuatnye siap peluk2 Maria....dan akhirnye Irwan percaya la Maria dah ade pengganti....jd Maria lega la masalah dah selesai ngan Irwan....tp Hisyam plak leh syok ngan Maria...terus nak jd BF betul2...merayu2 bagai hari2 call...ajak jumpe segala...akhirnya terpaut la gak Maria nie...tp tibe hari yg sepatutnye Hisyam bwk Maria jumpe family die Hisyam x muncul2....jenuh Maria nie tgu...call...msg....haram x balas...sedih giler die sampai kurus, cengkung x bermaya semua....3 bulan woo mkn hati....rupenye Hisyam kene tipu ngan cite2 rekaan si Irwan dan ternampak Maria naik motor ngan lelaki siap peluk pinggang bagai...

Dipendekkan cite...Maria ngan Hisyam kawen....Hisyam mmg syg giler2 ngan Maria nie...walaupun dah 5 thn kwen n diaorg xde anak Hisyam still syg gak....tp ade lak dugaan lain...muncul plak Salinan kwn lama Hisyam yg mmg suke n cinta gile ngan Hisyam...diaorg dah lama kwn..cume Hisyam anggap cam kwn jek...Salina cucuk2...terjd la perang dingin Maria & Hisyam sehingga Hisyam nak kawen ngan Salina...Maria larikan diri....masa tu pulak br die tau die pregnant...sebab Hisyam penah pakse die bersama mase perang dingin tu....sampai la Maria lahirkan anak die Aiman diaorg x berjumpe dah....tetibe aiman dah 3 bulan sampai surat peguam Hisyam nak tuntut hak penjagaan Aiman...Maria marah giler trus serang kat pejabat Hisyam....gaduh2...Hisyam tglkan Maria kat pejabat....Maria plak trus ambik kunci kete Hisyam n bwk kete tu....bile Hisyam patah blk pejabat tgk Maria dah xde....Hisyam terkejut giler biler tau Maria bwk kete die sebab kete tu breknya rosak...dan Maria kemalangan....terus koma...dlm sebulan Maria sedar tp hilang ingatan....die ingat skit jek...yg die ingat die isteri Hisyam...time gaduh2 n Hisyam nak kawen ngan Salina die x ingat....

**Kalau nak cite lagi mmg pjg sgt la....so aku mmg suke sgt cite nie....ntah bape kali aku stop baca sebab asik nangis jek....so aku mmg rekemen sgt2 novel nie....bukan setakat bintang jek aku bg ngan bulan...pelangi semua.....hahahaha**

aku suke....hehehe :)

Sejak akhir2 nie suami aku asik kuar mlm jek....ade jek halnye ngan kwn2...miting la...program la...mcm2 hal....so aku ade idea dah...hahahaha (gelak beso)...

Aku memang tensen biler laki aku nie asik kuar mlm jek...ye le aku sorg kene layan karenah anak2 pas blk keje....ini tidak ADIL....

So aku bgtau sekali kuar mlm aku dpt novel sebijik...hahaha...kire range rege novel sebijik rm20 la...so pas dia blk umah aku dpt rm20 (tuk beli novel jek...siap pesan nie)...aku pun suke la kan....jrg beno laki aku bg aku beli novel nie lg2 klu die punye duit....ttibe aku dpt idea nie die ok lak tu....jdnye aku suke la kan....

Akan bertambah byk la novel aku nanti...boleh kira kat novel aku nanti brp byk kali die kuar mlm....hehehe....start mlm td aku dah dpt rm20....mlm nie die kuar lg so dpt la lg rm20....hahahaha......