Followers

Wednesday, January 9, 2013

1st cek up di PPUM

Salam...

Dah thn baru 2013. Lamanye x update blog. Huhuhu. Kemalasan melanda. Idea nak cite banyak tp malasnye nak update.

Merujuk tajuk post (hahaha kemain lg ayat), aku dah 36week++. Pregnant kali ke3 diusia memasuki umur 33 thn. 1st time nak bersalin di PPUM atau nama panjangnye Pusat Perubatan Universiti Malaya.

24/12/2012 hari tu aku dah gi tuk dapatkan booking utk bersalin kat PPUM. So diaorg just bg borang suruh isi n dtg balik 9/1/2013 utk 1st cek up sekali bayar utk booking bersalin RM500.

Tadi pagi2 kul 6.30am aku kejut semua org bangun. Klu tak kul 7 lebih br diaorg nak bgn. Hahaha. Terpaksa anak2 mama nak gi cek up kang lambat2 jln jem. Kul 7 lebih dah kuar rumah, kluar je tol batu tiga ambik ko terus tersekat disitu. Huhuhu.

Tgh2 jem tu leh pulak ade polis ngan trak bwk penjenayah nak lalu. Huhuhu. Betul2 blkg keretaku. Nak himpit ketepi pun payah (ceh mcm aku lak yg bwk kereta). Lepas je polis tu lalu tgh2 jem suami aku leh follow polis tu sampai ke depan. Hahaha. Risau gak aku kot2 kene tahan ke mengikut polis. Siap aku ckp dah2 le tu jgn follow lg. Hahaha (tau takut).

Sampai PPUM kul 8.40am. Mmg jem teruk le federal highway ni. Parking kat basement di Blok Kompleks Wanita. Pastu naik tgk 2 lobi, pegi bahagian antenatal.`Sampai je ambik no. giliran tekan button J. No.ku 0719, tgu dalam 15 minit no panggil. Serah borang booking, IC suami n isteri. Pastu bayar RM31 untuk cek up. Dia bg resit segala n bg no baru 4015 tuk jumpa Dr. Pastu gi kaunter pembayaran kat luar sebelah kaunter keselamatan utk bayar booking bersalin RM500.00.

Pastu tgu lg. Nurse pulak panggil nama n bagi satu borang. Aku mula2 pelik pulak nak buat ape ngan borang tu?. Hahaha (malu bertanya sesat jln) so bertanya le kat nurse tu ape nak wat. Doa suruh gi kencing n timbang berat kat ngan toilet tu ade sorang nurse jaga. Bg borang tu kat dia, dlm toilet ade 1 bekas gi kencing kat dlm bekas tu. Pas kencing nanti nurse akan celup ngan kertas cek urine tu n tulis keputusan dlm borang td. Pastu timbang, dah kuar berat kita kat skrin tu bgtau nurse td n dia akan isi dlm borang. Ambik blk borang tu gi cek tekanan darah lak. Pas cek tekanan darah, nanti nurse akan tanya soalan2 berkaitan pregnancy kita. Bg sekali buku merah cek kat KK tu kat dia. Senang skit nak rujuk.

Nurse suruh cek nama n ic kat sticker betul ke tak. Sekali cek nama bapaku salah eja. AHMAD jd AHAMD. Nurse tu suruh gi balik kaunter memula td suh tukar sticker lain. Settle dah. Nurse tu tanya penah minum air gula tak? Confirm le x penah tuk pregnant yg nie sebab sepanjang cek kat KK ok jek. Tp kat PPUM prosedurnye setiap ibu mengandung mesti kene minum air gula. Huhuhu. Pastu kena ambik ujian darah utk Hepatitis lak. Nurse tu bg borang lain lak.

Pegi le satu bilik yg sebalah toilet tu utk minum air gula. Bg borang kat nurse yg jg dibilik tu. Minum air gula secawan siap ade perisa oren lg. Minum dlm 5 6 teguk baru abih. Bile nak abih tu rase nak termuntah le pulak. Sib baik x muntah. Pas minum tu nurse bg botol tuk ambik darah selapas sejam nanti. Sementara tu tgu le no giliran utk jumpa DR.

Aku suruh suami gi bfast dulu. Aku xleh mkn lg pas minum air gula kena tgu sejam n ambik darah pastu br leh mkn. Pose le sejam. Dalam 20 minit tgu no pun di panggil. Bukak2 je bilik tu tgk DR negro ko lelaki le pulak. Dia ckp omputih sekali sekala ade gak bahasa melayu. Kira xde le speaking manjang. Ade sorg nurse sekali dlm bilik tu. Tanye skit2, sambil tgk buku merah KK. Pastu nurse cek gerak jantung baby. DR tu pun ukur perut. Seram tgk tgn DR tu. Hahaha. Negro le katakan. Pastu nurse bg 1 borang tuk setkan appointment scan. Dapat sekali kad biru utk next appointment. Kad biru tuk kena tunjuk kat kaunter depan utk dptkan date.

Gi kaunter depan bg kad biru tu kat dia dapat date 23/1/2013 lg 2 mgu. Pastu kene bayar lg RM9 sebab td kena minum air gula. Maknenye mase bayar RM31 tu x termasuk minum air gula. Dah dpt date next appointment pegi trun tingkat 1 tuk set appointment scan pulak. Bg borang kena bayar RM20, date same 23/1/2013. Bayar mase 23/1 nanti.

Pastu settle leh le balik. Siap semua dlm kul 11am. Xde le lama sgt cam kat KK seksyen 7 shah alam tu. Mmg x terasa lama sebab ke sane ke mari. Hahaha.

Nak blk sekejap je dah sampai PKNS balik. Dr PPUM ke PKNS Shah Alam kurang 20 minit. Mase pegi berejam2 rasenye.

Next week gi cek up cam biasa kat KK Seksyen 7 lak.

RESEPI : Bubur cha cha

Salam...

Kali ni nak update resepi bubur kesukaan anak2 ku Bubur Cha Cha. Bukan beli yg segera tu tau. Nie gigih aku menguli tepung. Hahaha.

Bahan-bahan :-

Tepung Gandum
Air
Santan
Gula

* sukatan agak2 je ye...aku pun main hentam keromo je.

Cara-cara :-

1. Tepung gandum dlm 1/2 cawan campur ngan air dlm 1/4 cawan serta masukkan pewarna merah. Uli sampai jd doh jgn lembik sgt n jgn keras sgt. Sedang-sedang gitu.

2. Tepung gandum dlm 1/2 cawan campur ngan air dlm 1/4 cawan serta masukkan pewarna hijau lak. Uli sampai jd doh jgn lembik sgt n jgn keras sgt. Sedang-sedang gitu.

3. Pun same cam kat atas tukar kaler kuning pulak.

4. Dapat le 3 doh. Kaler merah, hijau n kuning.

5. Ambik doh kaler merah gelek nipis dlm 1/4cm gitu...jgn nipis n jgn tebal sgt. Korang agak2 je le ye. Pastu hiris panjang2 ngan pisau tajam. Anggaran dlm 1/4cm gak. Pun agak2 le kang beso2 tercekik bubur lak. Hahaha. Pastu boh dlm besen yg ade tepung skit untuk elakkan dia melekat sesama sendiri pulak.

6. Ulang cara ke5 untuk doh kaler hijau dan kuning pulak.

7. Bile dah dpt tepung yg dihiris panjang2 tu. Ambik 1 gunting kecik2. Buh balik dlm besen tu n tambah tepung lg tuk elakkan die melekat n ayak2 skit besen tu bg sekata. Seeloknye gunting kecik2 n serong2 cam rupe cha cha kering yg jual tu.

8. Bile dah abih gunting semua doh. Gi rebus doh yg dah siap gunting kecik2 tu. Panaskan air dulu. Bile air dah mendidih letakkan doh tu. Tepung yg serbuk2 xyah le masukkan sekali.

9. Bile tepung cha cha tu dah timbul tutup api. Tapis n buang airnye.

10. Masukkan santan sekotak 200ml dalam periuk baru. Buh gula dlm 5 sudu. Klu nak manis tambah lg. Klu x suke manis2 kurangkan la. Masak atas dapur jap. Xyah tgu mendidih buh blk tepung cha-cha yg ditapis td dlm santan tu. Api perlahan je. Kacau sentiase. Agak2 dah mendidih tutup api. Masak le tu.

11. Siap2 letak dlm mangkuk tuk sejukkan bubur tu. Siap utk dimkn..Nyum2 sedap.