Followers

Tuesday, April 24, 2012

Review novel lagi UNTUK SEKALI LAGI

Tajuk novel : Untuk Sekali Lagi
Penulis : Azilah Wahab
Harga : RM21.00
Terbitan : Alaf21



Rashidah dan Kamal suami isteri yang mempunyai 2 org anak lelaki Faez dan Firdaus. Kamal bekerja jauh di Kuala Lumpur manakala Rashidah anak beranak tinggal di Kuantan. Kamal yang kononnya nak mengubah kehidupan keluarga sanggup berjauhan anak beranak. Rashidah tabah menghadapinya walaupun Kamal jarang2 balik menjenguk mereka sekeluarga.

Adakalanya berbulan-bulan Kamal x balik menjenguk Rashidah anak beranak sehingga memaksa Rashidah pergi mencarinya di Kuala Lumpur. Malangnya tidak berjumpa pun dengan suaminya. Dengan langsung x memberi duit belanja untuk Rashidah anak beranak. Rashidah akhirnya bekerja untuk menanggung perbelanjaan mereka.

Setelah berbulan2 x balik, Kamal balik mengkhabarkan berita yang dia nak berkahwin lagi satu. Sebab nak kahwin kerana bosan berseorangan di Kuala Lumpur dan jauh dengan anak isteri. Bila dah kahwin lagi langsung dah x jenguk anak isteri.

Rashidah bekerja keras menanggung segala perbelanjaan. Kamal bersuka ria ngan isteri barunya. Langsung dah x ingat Rashidah anak beranak. Rashidah isteri yang sangat2 tabah. Namun Kamal memang suami yang kejam. Hanya Nampak Rashidah berbual dengan lelaki dia boleh kata yang Rashidah curang. Sehingga sanggup membelasah Rashidah dengan teruk dan masuk hospital, namun untuk mendakwa suaminya dia x sanggup. Keluar masuk hospital Rashidah sebab didera oleh Kamal.

Cite yang sgt menyentuh perasaan saya….sanggup seorang suami buat begitu teruk pada si isteri. Geram x abih pada Kamal…..huhuhu…bace la novel nie bg yang dah bosan ngan cite kawen pakse kontrak semua tu….

No comments: