Followers

Tuesday, April 24, 2012

Review novel LILI BUAT NAJAH

Tajuk : Lili Buat Najah
Terbitan : Jemari Seni
Harga : RM21.00


Kisah bermula apabila Najah dan Natasha pulang ke Malaysia setelah berkahwin secara rahsia di UK. Keluarga Najah langsung tak tahu yang Najah dah berkahwin dan terpaksa merahsiakan sebab mama Najah mahu die berkahwin dengan anak kawan baik mamanya iaitu Farah.

Lama juga diaorang rahsiakan perkahwinan mereka daripada pengetahuan sesiapa. Yang tahu ibu Natasha je. Mereka pulak bekerja sama tempat. Akhirnya Najah ambil keputusan nak bagitahu keluarga dia yang dia dah berkahwin dengan Natasha. Mamanya mengamuk sangat-sangat sampai sanggup tak mengaku anak kalau Najah tak mahu ceraikan Natasha.

Akhirnya mama Najah terima juga Natasha sebagai menantu sebab Natasha sanggup menggadaikan nyawanya dan anak dalam kandungan untuk menyelamatkan ibu mertuanya dari peragut.

Namun kebahagian mereka tak lama bila Natasha tahu yang Najah menghidapi penyakit yang membawa maut. Memang dah kritikal tapi Najah dapat bertahan sehingga anak mereka lahir.

Endingnya….korang mesti dapat agak….sangat2 sedih….huhuhu….korang baca la…sy bagi 5* daripada 5

No comments: