Followers

Tuesday, May 22, 2012

REVIEW NOVEL : Mampu Mencintaimu

Terbitan : Kaki Novel
Penulis : Auni Amauni
Harga : RM 20.00
Muka Surat : 537


pic dari kaki novel

Permulaan cerita macam boring skit sebab kisah kahwin paksa. Sarah Humaira dipaksa berkahwin dengan Haris Safwan oleh keluarga. Namun Sarah Humaira tidak ambil tahu langsung siapa bakal suami dia. Rupanya bakal suami die merupakan orang yang paling dia tak suka bukan sahaja sebab Haris bergigi jongang dan Haris selalu sahaja mengusik dia. Disebabkan dah kahwin, Sarah terpaksa juga menerimanya namun dia memberi kata dua sama ada bercerai ataupun izinkannya utuk sambung belajar ke US.

Dihadapan keluarga Sarah, Sarah mengatakan mengikut Haris yang mendapat tawaran kerja ke UK. Selama 5 tahun mereka terpisah. Haris telah pun bertukar menjadi seorang yang bergaya dan tidak jongan langsung. Ditakdirkan Sarah dapat kerja sama syarikat dengan Haris. Dimana Haris adalah ketua kepada Sarah. Haris mengenali Sarah itu isterinya tapi tidak Sarah. Bermacam2 cara Haris cuba memikat Sarah, namun Sarah tidak melayan sehingga Sarah naik meluat dan menyampah dengan Haris. Lama kelamaan Sarah terjatuh hati juga dengan Haris, tetapi disebabkan status dia sebagai isteri orang dia harus menjaga batas2 pergaulan.

Muncul pula watak Kamal Ikhwan yang menyukai Sarah. Sarah turut menyukai sifat Ikhwan yang penyayang dan menambat hati wanitanya. Kerana masih sedar masih berstatus seorang isteri dia hanya menganggap Ikhwan hanya sebagai kawan sahaja. Dia juga turut mengaku dengan Ikhwan bahawa dia sudah berkahwin.

Akhirnya Haris mengaku pada Sarah bahawa dia adalah suami Sarah yang telah ditinggalkan selama 5 tahun. sarah terkejut dengan perubahan suaminya, dan dia merasa bahagia kerana Haris masih menerimanya lagi. Mereka hidup bersama dengan bahagia, tetapi panas dijangka hingga ke petang rupanya hujan ditengahari.

Wani staff di pejabat Haris dan Sarah tidak senang dengan kebahagian mereka suami isteri. Wani juga meminati Haris dalam diam, dia berdendam untuk memporak perandakan rumah tangga mereka. Sehingga sanggup mencemar maruah Sarah dihadapan Ikhmal.

**Macam biasa mestilah happy ending kan? Cerita overall ok la, time akhir tu cepat2 je nak baca nak tau apa lagi si Wani tu nak buat lagi, geram la gak**

Sunday, May 20, 2012

REVIEW NOVEL : Datang Pada Waktunya

Terbitan : Fajar Pakeer
Penulis : Maria Kajiwa
Muka Surat : 476
Harga : RM 20.00

ni covernya.

aku beli terus ngan penulis, so dpt sign lagi..hehehe...novel baru lum kuar lg kat kedai buku...kuar kat Pesta Buku hari tu, memandangkan aku x gi Pesta Buku x dpt le beli...sib baik penulis dpt stok terus beli ngan die, spesel lagi dpt sign...:)

Kisah mengenai satu projek pembinaan jambatan yang terbengkalai selama 45 tahun di Kampung Durian Lima. Edri telah ditugaskan oleh ketuanya En. Amin untuk menguruskan dan menyelesaikan projek tersebut. Azim, kawan sepejabat Edri telah memberitahu dulu ade seorang yang dihantar untuk menyelesaikan tugas tersebut tidak pulang sehingga sekarang. Namun Edri tidak mempercayainya langsung. Edri membawa kawan serumahnya, Adam untuk menemankannya ke Kampung tersebut.

Dalam perjalanan ke kampung tersebut, enjin kereta Edri tiba-tiba mati. Berkali-kali cuba untuk menghidupkan enjin kereta namun gagal. Apabila diperiksa enjin tiada langsung masalah. Ketika kejadian, mereka bertemu dengan Saleha dan Murni. Saleha dan Murni membawa mereka berdua ke Kampung Durian Lima.

Mereka tinggal di sebuah rumah yang bersebelahan dengan rumah ketua kampung, Tuk Empat Manap bapa kepada Saleha. Mereka dilayan dengan baik sepanjang mereka tinggal disitu. Namun banyak kejaidan yang pelik berlaku, jam tangan tiba-tiba terbenti waktu, kompas tidak berfungsi, penduduk kampung masih menggunakan mata wang dollar wang berbentuk kapal layar. Kereta pun penduduk kampung pelik mendengarnya.

Kedatangan mereka menjadi tanda tanya penduduk kampung. Edri, akhirnya mengambil keputusan untuk memberitahu tujuan sebenar kedatangannya ke kampung tersebut untuk membina jambatan bagi memudahkan penduduk ke seberang . Penduduk kampung bersetuju untuk membina jambatan tersebut namun dihalang oleh seorang penduduk bernama Hasan.

Hasan turut sakit hati dengan Edri kerana cuba memikat Saleha yang disukainya. Hasan bersama-sama Saad dan beberapa penduduk kampung mengatakan Edri dan kawannya Adam telah membuat onar dengan anak dara kampung. Edri dan Adam pula mencari Seman seorang penduduk kampung yang dikatakan gila telah hilang. Semasa pencarian Seman, mereka berjumpa dengan Ahmad yang merupakan orang terakhir yang dihantar untuk menyelesaikan projek pembinaan jambatan.

Apakah yang terjadi sebenarnya? Berjayakan projek pembinaan jambatan tersebut diselesaikan? Bagaimana Edri dan Adam akhirnya?

**Korang belilah novel nie, memang terbaik la. Dah akhir-akhir tu tiba-tiba rase meremang pulak. Hihihi**

Thursday, May 17, 2012

TART UNTUK KAKAK

salam...

Ahad mlm hari tu tertengok cite Tart Untuk Kakak kat TV Alhijrah. Best gak cite nie.


Cite kat Alhijrah nie best2 gak sebenarnya. Cite nie tentang sorg suami yg kawen lain tanpa pengetahuan isteri pertama. Yg suami lakonan Faizal Hussein, isteri 1st die xtau la pulak namanye sape. Isteri keduanya pelakon baru apeke namanye Ramona Zamzam kot.

Yang lainnye cite kat Alhijrah nie, lelaki dan perempuan xkan bersentuhan langsung even berlakon jd suami isteri. Yang perempuan sentiase bertudung. Langsung x nampak rambut walau sehelai. Memang menarik dan lain dari yang lain. Suami baru blk keje just beri salam jek. Langsung xde adegan cium tangan ke ape.

Walau ape2 pun jalan ceritanya menarik sgt. Isteri kedua kene ambik hati 3 org anak suaminye setelah isteri pertamanya meninggal dunia sebab lelah. Macam2 cara die buat untuk tarik perhatian anak2 tirinya. Yang paling susah nak handle anak sulung suaminya. Sweet je jln cerita nie.

Wednesday, May 16, 2012

GERAM....

Huhuhu...aku geram.

Ngade le posmen nie. Aku ade jek dlm opis tp leh x die bg aku nie.


Die tulis time die sampai opis aku kul 11.15. Aku dpt surat nie kul 11.17. 2 minit je pun. Bukan nak call. Kan ade no hp kat situ. Ish geramnye aku posmen nie. Tau le opis aku psg lock kat pintu. Walaupun xde bell bukan ko x leh ketuk pun. Geram aku. Lame dah tgu novel nie. X pasal2 aku kene gi pos besar gi collect sendiri.

esok seblm masuk opis singgah dulu pos besar collect novel nie. Huhu. Geramnye aku. Kelmarin ok jek posmen tu leh ketuk pintu opis aku nie. Nie mesti posmen ngade2 n malas nak ketuk. Call pun pemalas. Geram x abih lagi nie...grrrrrrr

AIRASIA WEB CHECK IN

Salam...

Tadi dpt email dr airasia suh web check in. Waa...advance dah sekarang boarding pass pun kita print sendiri. Tu pun sib baik adik aku bgtau awal2 suh cek email. Biasanye semgu sebelum terbang airasia akan emailkan web check in. Camni le kite dpt email nanti


Pastu klik web check in now n ikut arahan seterusnya. Dah siap2 semua nanti die akan emailkan boarding pass. Print le boarding pass tu. Hihihi.

Pas dah print tu kat LCCT aku xtau le cane nak buat lg. Adik aku pun x cite detail. Nanti klu aku dah gi aku bgtau cane caranya.

Ok la...x sabonye nak tgu mgu depan. Nak jln2 gi langkawi. Dah lama x gi sane. Last g thn 2009 tu le last naik kapal terbang. Nak sambung bace novel yg baru ade lagi 2 buah.

REVIEW NOVEL : Rembulan Berdarah

Terbitan : Kaki Novel Enterprise
Penulis : Anita Aruszi
Harga : RM24.00
M/Surat : 786

Pic dari web kaki novel


Kisah Raihana yang telah menukar identiti menjadi Duha Maisara untuk elakkan daripada orang-orang yang ingin menganiaya dirinya. Duha Maisara pura-pura hilang ingatan apabila dilanggar oleh ayah Zafran, Bustaman. Sejak itu Duha tinggal bersama keluarga Zafran dan terus menjadi anak angkat kepada Bustaman selama 12 tahun.

Namun kehidupan Duha bersama keluarga angkatnya memaksa Duha bekerja di usia muda untuk menanggung Zafran yang masih belajar dan Bustaman yang kaki judi. Duha juga dipaksa untuk menjadi di kelab malam untuk mendapatkan duit lebih untuk membayar hutang2 Bustaman.

Semasa bekerja di kelab malam Duha berjumpa dengan Nashriq yang terpaksa pergi ke kelab tersebut untuk melayan 'client' perniagaannya. Sebenarnya Nashriq dan Duha @ Raihana saling sayang menyayangi semasa kecil. Dimana Raihana menrupakan anak orang gaji di rumah keluarga Nashriq. Setelah 12 tahun tida berjumpa mereka tidak kenal antara satu sama lain.

Bapa Raihana, Munif dituduh menjadi pembunuh bapa Nashriq, Zainal Ikram. Kejadian tersebut menyebabkan Nashriq meninggalkan Raihana dan pergi ke luar negara untuk belajar. Raihana dan ibunya Maisara di paksa oleh ibu Nashriq, Engku Latifah untuk meninggalkan rumah itu buat selama-lamanya.

Setelah 12 tahun berlalu, adik kepada Zainal Ikram, Asri pulang untuk menyiasat punca sebenar kematian abangnya. Dia percaya Munif bukan pembunuh sebenar Zainal Ikram.

**Banyak konflik2 yang berlaku, sehingga menyebabkan aku susah nak stop bace novel nie. Selagi dah pegang baca akan terus2 baca untuk tahu ape penghujungnya. Penulis novel nie mmg aku minat sgt2. Semua novel2 dia aku suke. Novel nie novel lama sebenarnya. Novel baru tulisan novelis nie Venom Suria terbitan Buku Prima tp guna nama penulis Mazni Aznita**

Tuesday, May 15, 2012

OFFER FREE SEAT....

Salam...


Jom reramai gi book. Tingin gak nak book tp memandangkan mase tuk penambahan ahli keluarga x jadi le kot. Kang nak bwk baby naik flight risau lak. Kot2 meragam. Susah lak nanti. nak berjalan2 pun xde mood.

Thn lepas punye free seat yg aku book tu pun lum gi lg. Next week baru gi. Tu pun Langkawi jek. 4 beranak baru RM120.00. Murahkan, berbaloi2. Mmg kene dgn motto Air Asia. Everyone can fly. Hihihi.

Td try search gi Kota Kinabalu 4 beranak, kene RM400.00. Mahal la gak? RM100 sorang pegi balik. Disebabkan takut terpregnant jd malas le nak book. Bulan Sept nie kitaorg gi Kuching lak. Tu pun mase Air Asia buat promosi gak.

Camne le gayanye Zafwan 1st time naik flight nie ye?. Risau pun ade. Saafia dulu naik flight umurnye lum 2y lagi jd masih claim infant lg so duduk atas riba aku. Nie Zafwan dah 2y mmg kene dok kerusi sendiri. Nak ke dia duduk sorg2. Dlm kete pun masih duk atas riba aku. Harap2 die behave le. Ingat lg mase bwk saafia dulu ade sorg baby yg nangis je sepanjang perjlnan. X bg maknye duduk. Maknye duduk je die meraung. Huhuhu..

Lagi semgu je nie. X sabo lak rasenye. Last naik flight thn 2009. Gile lama. Aku pun teruja sekali. Kalau ckp ngan saafia nie mau hari2 tanye bile nak gi.

Ok la. Novel yg diorder dah sampai nak gi tgk dulu. Bye....:)