Dah lame x update blog. Semlm sakit gigi melampau. Berdenyut2 ko, x tahan rasenye. Rase nak marah org jek. Hehehe. Suami kesian tgk turun bawah gi kedai beli ubat sakit gigi. Telan sebiji dlm 10 minit ilang denyut dah.
Saafia lak tetibe suh buat kek. Mmg dah lama nak buat kek tp kemalasan melanda. Telo dlm peti ais byk lak tu. Hari tu mmg nak wat kek ombak nie siap dah sukat2 resepi asal bg kurang memandang periuk kukus yg ade kat rumah aku nie comel beno. Hehehe.
Mlm td start buat dlm kul 9 lebih gitu. Nie resepi yg telah diolah dari resepi asal (sorry x ingat sumber mane tp dr dlm internet nie le...sape punye resepi nie mintak halal ok...tq)
Bahan-bahan :- *gune loyang comel jek nie..
3 biji telur
1/2 cawan gula halus
1 1/4 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu besar ovallete
1/2 sudu kecil garam
90ml susu cair
60ml minyak jagung
sedikit serbuk koko
Cara-cara :-
1. Ayak tepung dan baking powder (ketepikan)
2. Putar telur dan gula hingga kembang
3. Masukkan ovallete dan putar lagi hingga sebati
4. Masukkan tepung dan baking powder, garam dan susu cair. Putar hingga sebati.
5. Masukkan minyak dan gaul dengan spatula (kaup balik x yah gune mixer dah) hingga sebati
6. Bahagikan pada 3 warna (ikut suke le la nak warna ape)
7. Alas loyang dengan baking paper. Sapu loyang dengan butter @ minyak.
8. Tuang colour pertama dalam loyang.
9. Ayak serbuk koko atas colour pertama tu hingga tutup semua colour.
10. Tuang colour kedua dengan tompok2 kan atas serbuk koko tu. Ayak lagi serbuk koko atas colour kedua.
11. Tuang colour ketiga lak atas serbuk koko tu. Yg last nie x yah dah ayak serbuk koko atasnye.
12. Ambik alaminuim foil yg dah disapu minyak@ butter. Tutup loyang kemas2 dengan aluminium foil tu tuk elakkan air kukus menitik atas adunan.
13. Pastikan air kukusan dah dipanaskan terlebih dahulu sebelum masukkan loyang.
14. Masak dlm 40-45 minit.
15. Dah siap masak bukak aluminium foil dan cucuk ngan lidi pada kek kalau xde melekit2 pada lidi dah masak le kek tu.
16. Biar dlm 5-10 minit. Baru kuarkan kek dari loyang. Sedia untuk dimakan.
No comments:
Post a Comment